Pages

KALAU DAH PANDAI BERJANJI..PANDAILAH KOTAKAN JANJI...

ok...entry kali ni nk sentuh pasal JANJI...janji???ada apa dengan janji???mengikut KAMUS DEWAN BAHASA... pernyataan kesediaan utk berbuat atau memberi sesuatu...haaa..macam mana??dah faham maksud tu???apa??tak faham lagi ke??tak faham ea??mari sini...aku explain mudah lagi...bila kita buat sesuatu..kita WAJIB tepati..HARAP2..FAHAM LA...kadang2..kesal dengan sesetengah orang ni..sebab PANDAI BERJANJI ITU DAN INI...TETAPI..(faham2 sendirilah sambungan ye..)

untuk pengetahuan semua..kita semua WAJIB SANGAT..aku tegaskan lagi..WAJIB!...untuk tepati sesuatu yang KAMU SEMUA TELAH JANJIKAN..kalau xreti nak tepati...maka..JANGANLAH BERJANJI..'.Sesungguhnya apabila seseorang Muslim itu mampu menunaikan sesuatu janji terhadap saudara Muslimnya yang lain, maka sebenarnya dia telah melakukan satu tuntutan agama yang amat besar dalam hidupnya, malah dia berhak mendapat naungan daripada Allah dalam segenap aktiviti kehidupan hariannya sebagai Muslim yang baik....'

DEKAT SINI..aku nak share satu kisah benar berhubung nilai seorang MUSLIM yang berusaha untuk kotakan JANJI... seperti yang disebut oleh Syeikh Taha Abdullah al-'Afifi dalam kitabnya 'Wasiat-wasiat Rasulullah'...

'Terdapat seorang lelaki beriman pada zaman silam yang amat memerlukan wang untuk berbelanja dan mahu meminjam sejumlah wang daripada orang lain, namun si pemiutang tidak dapat membawa seorang saksi dalam urusan peminjaman wang. Walau bagaimanapun pemberi hutang itu reda dan sedia untuk memberikan sejumlah wang yang diminta dan berkata bahawa cukuplah Allah sebagai saksi.'
Dengan niat yang baik kerana Allah, pemiutang berjanji pada dirinya sendiri akan membayar hutang-hutangnya bila ada wang yang mencukupi untuk berbuat demikian, niat baiknya itu dibantu Allah dan memperkasa dirinya untuk sedia membayar.Dengan niat baik untuk membayar, maka Allah SWT memudahkan urusannya berbuat demikian, satu hari dia bertekad untuk bertemu dengan pemberi hutang bagi melunaskan segala hutangnya, tiba-tiba takdir Allah mengatasi segala-segalanya, jambatan yang menghubungkan dua kampung dan memisahkan antara pemiutang dan pemberi hutang roboh akibat banjir besar, kerana takut jika dia (pemiutang) tidak menunaikan janji, maka dia telah meletakkan sejumlah wang yang dipinjam dahulu dalam sebatang kayu berlubang dan tertulis padanya daripada pemiutang kepada pemberi hutang, kayu itu pun dihanyutkan ke dalam sungai dan dia terus berdoa semoga hutang-hutang yang dilunaskannya diselamatkan Allah.Kehendak Allah mengatasi segala-segalanya apabila pemberi hutang yang jarang turun ke sungai tiba-tiba muncul di situ dan mendapati ada sebatang kayu yang dihanyutkan tertulis namanya daripada pemiutang, beliau bersyukur kepada Allah atas pertolongan-Nya.Walau bagaimanapun pemiutang masih dibelenggu keadaan sugul sama ada hutangnya sampai ataupun tidak, setelah jambatan itu dibaiki, pemberi hutang terus mencari pemiutang di kampung bersebelahan bagi mengkhabarkan berita baik itu, masing-masing gembira dan bersyukur kepada Allah kerana niat baik untuk menunaikan janji dikabulkan Allah.

jadi..kita semua..kenalah tunaikan segala janji yang kita buat..terutama janji kepada ALLAH..janji kepada rasul..ibubapa...sesama manusia..kenelah dikotakan..janji mestialh ditepati kalau tidak nanti dicop pula sebagai munafik...so..FIKIRKANLAH kalau2 ada JANJI2 yang kita semua tak tunaikan..kalau xtunaikan lagi..sila2 lah segerakan KEWAJIPAN ANDA tu...=)..

4 comments:

Unknown said...

betol2..kene tunai kan janji..nnt org dah ta percaye dekat kite kalu ta tunai kan

idaida0504 said...

tahu tak apa..pandai janji tapi ingkar pula..ish2..xelokkan macam itu

tia @ Ini Kisah Tia said...

sampai begitu sekali ? wahhh . Tia suka baca ..

Perasaan Dapat Update Lebih 3 Kali

idaida0504 said...

yes tia...ap2 pun..kotakan jnji k